Halaman

Ahad, 27 November 2016

Urutan SENGKAK

Amalan Sengkak Peranakan
Assalamualaikum

Penting ke sengkak rahim @ peranakan ni? Kalau soalan ni ditanya pada mak-mak kita, makcik-makcik, opah-opah atau mereka yang arif dalam bab-bab kewanitaan ni mesti akan jawab YA, PENTING DAN PERLU!! dengan yakinnya. Macam tu jugak lah pada pandangan aku sebab sedari remaja lagi aku memang didedahkan dengan peri pentingnya menjaga luaran dan dalaman kesihatan dan tubuh badan seorang wanita.

Wanita yang sangat menitikberatkan perkara-perkara seumpama ini. Dari mula mengandung sampailah bersalin sampailah tempoh terpantang dan selepas pantang semua dijaganya dengan elok. Begitulah perihal sengkak peranakan ni.

orang bersalin normal kena sengkak..tapi orang bersalin czer tidak perlu sengkak?

apa itu sengkak?
uratan sengkak atau deep tissue massage dilakukan selama 3hari untuk mengemaskan keselurahan tubuh badan dan posisi rahim selepas hari ke40..

pada hari ke44 bersalin,sebagai rawatan penutup bersalin normal dilakukan sengkak peranak atau tetap batu merian atau womb uplift massage untuk menetapkan posisi rahim kembali ke tempat asal.Di sini bidan tahu keadaan dan kesihatan rahim ibu.

bagi perbidanan melayu,melakukan sengkak pada awal minggu sama sekali tidak boleh kerana rahim masih bengkak dan mantah.Perbuatan tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan serius seperti tumpah darah atau sekatan keluaran darah nifas.yang lebih memudaratkan ialah posisi rahim terbalik secara menunduk atau mendongak atau serong (intervorted/retroverted).Apabila ini berlaku ia boleh mengakibatkan ibu sukar hamil atau mudah keguguran.

Sengkak peranak hanya boleh dilakukan pada hari ke44 selepas 3hari dirawat dengan urut sengkak yang dimula pada hari ke40 bersalin.

ibu bersalin secara czer tidak perlu melakukan sengkak peranak iaitu tidak perlu diasak naik peranak.Ini kerana semasa melahirkan anak,ibu tersebut tidak melakukan sebarang peneranan seperti kelahiran normal dan rahim juga tidak bertukar posisi asal.





Rabu, 29 Jun 2016

JAMU EXTRA KETAT 10 IN 1 CHE YATIE

Assalamualaikum..
Che Yatie memang suka sangat makan Jamu ni tambah-tambah lagi yang tradisonal.
Bibik, Che Yatie selalu buat Jamu Kocok fresh hulaweeeii setiap pagi dia sediakan 1 mug untuk Che Yatie minum, mula-mula nak minum feel weird jugak hahahaha orang penang kata chempera sattt, Tapi dah minum sedappppp. 
  Masa Che Yatie dalam pantang langsung tak beli sebarang Jamu di pasaran pownn. Nahhh amek kau minum Jamu Homemade, Che Yatie bersalin ceaserian, selalunya bila kita besalin ikut tingkap ni biasa la perut mesti mengeleber atau boyak, Alhamdulillah dari dalam pantang hingga sekarang memang amalkan Jamu Tradisional saiz seluar Che Yatie 28 inchi saja tak turun tak naik maintain saiz engkau.


Satu hari Che Yatie pun terfikir, nak buat Jamu Homemade laaaa kann ala-ala Bidan Kampung gituu. At the same time one of my friend nenek dia pun bidan sekali buat Jamu Kampung. Emmmph sembang punya sembang sambil makan Nasi Kandaq hahahaha, dia pun bagi resepi arwah nenek dia.
   Dari situ juga la Che Yatie pun bercadang menambahkan ilmu product ALAMI dengan pergi kursus yang  Giat Mara anjurkan hahaha asalnya nak pergi kursus tu untuk belajar Perawatan Miss V Theraphy ( for sure la ingat hanya belajar urutan Miss V dan penjagaan ) satu kali cikgu buka mukhadimah pucuk dicita ulam mendatang. Very intresting topik start dengan penyediaan Jamu Tradisional, Minyak urutan Miss V, Spray, Masker dan Jamu Insertion dalam Miss V.

   Haaaa disini contoh Jamu yang dihasilkan dengan gabungan Resepi Jamu Tradisional yang Che Yatie buat khusus untuk kaum Hawa yang menggalami;
Sesuai Juga untuk Ibu-ibu dalam pantang
 

- Miss V longgar
- Miss V Berbau ( Jangan sampai Che Abang bersuara )
- Keputihan serta pelbagai lagi penyakit kaum wanita



TESTIMONI CUSTOMER



                 

 Di letakan dalam kapsul ( sesuai bagi yang tak tahan bau rempah Jamu )
Bahan bahan campuram sama sahaja

Bahan-bahan Utama
- Manjakani
- Akar Serapat
- Kunyit Hidup
- Halia
- serta pelbagai herba utama terpilih khusus untunk perawatan penyakit kaum Hawa

Kebaikan
  • memulihkan dara dan awet muda
  • menguatkan otot sekitar vagina
  • menaikkan libido (nafsu syahwat)
  • tingkatkan tenaga tubuh
  • suburkan rahim
  • lambatkan menapouse
  • kawal kegatalan vagina
  • betulkan kitaran haid
  • bersihkan darah haid & darah kotor (penyakit/keguguran/dalam pantang)
  • kurangkan senggugut
  • seimbangkan lendiran
  • mengawal keputihan berlebihan
  • menjaga kesihatan 'tombong'
  • mengangkat kedudukan batu meriyan
  • sangat bagus untuk berpantang
  • membuang angin dalam badan
  • menjaga sistem perkumuhan rahim
  • mewangikan bahagian peranakan & tubuh
  • kurangkan sakit2 sendi dan sengal badan
  • kurangkan sakit lutut, mencucuk-cucuk
  • bentuk semula tubuh badan, dll


Siapa nak cuba!!!
Bolehlah hubungi Che Yatie 

Whatsap
0194269547
0174524230

Selasa, 7 Jun 2016

RAWATAN YONI


Yoni adalah Sanskrit untuk Vagina

Mengapa melakukan wap Yoni ?
Dari perspektif fizikal, Yoni anak sungai adalah cara yang baik untuk membersihkan rahim , membantu menyingkirkan bahan buangan yang tidak diingini dan lapisan lama. Ia juga membantu untuk menggalakkan Rahim ke dalam kedudukan yang terbuka dan lebih tegak.
Dari perspektif emosi dan rohani, ia benar-benar memasuki melalui Root Chakra anda untuk membersihkan . Jadi, anda boleh mempunyai pengalaman yang menyakitkan atau kenangan yang tidak diingini daripada rakan-rakan yang "berada " dan "melekat" melalui Root Chakra anda.




Sebagai alternatif, anda boleh mencari untuk menggalakkan Cinta atau Kesuburan ke dalam hidup anda, dan jika Chakra Root anda disekat , ini boleh membantu untuk menggalakkan tenaga yang betul cara anda. Wap Yoni adalah rawatan yang indah yang membuka dan menyambungkan anda ke rahim anda, membolehkan ruang untuk rahim  berada di tengah- pemikiran anda , membawa penyembuhan dan kasih sayang kepada pusat kesejahteraan wanita!
                                                          

Bagaimana untuk melakukan wap Yoni

Untuk rawatan Wap Yoni anda perlu segelintir  besar daripada mana-mana satu herba yang segar yang dinyatakan di bawah (atau mana-mana gabungan dua atau lebih) mendidih dalam periuk besar yang memegang kira-kira dua liter air. Jika herba yang anda gunakan adalah kering, anda perlu segelintir tunggal yang besar dengan jumlah yang sama air. Rebus herba di dalam air selama dua puluh minit dan keluarkan dari haba.
tuala diikat di kaki dan pinggang anda untuk memegang pada musim panas ini. Anda harus kekal di kerusi menyerap wap herba ke dalam Vagina anda untuk dua puluh minit.
Selepas itu, seseorang itu perlu berhati-hati mengenai pendedahan kepada draf sejuk atau tidur dalam bilik berhawa dingin. Anda perlu menyimpan hangat selepas mandi wap
Mandi wap Yoni ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. semasa kitaran Haid anda, kecuali untuk 3 hari sebelum dan semasa haid dan mungkin akan berulang setiap bulan sehingga peningkatan direalisasikan.


Ahad, 1 Mei 2016

THERAPIST URUTAN TRADISIONAL KAWASAN UTARA

Assalamualaikum SERVIS KE RUMAH ANDA  Therapist kawasan Utara

I'm Therapist Traditional Massage.
If you searching therapist for your body treatment please dont hesitate to ask for details information.


We Deliver Service ( Mobile Spa )

Untuk perkhidmatan:

- Urutan Tradisional / Tradititional Massage
- Urutan selepas bersalin / Confinement Massage
- Urutan Pulih peranakan
- Urutan Relaxing / Relaxing Massage

- Sauna/ mandi wap

- Tangas / Hot sensation ( Ratus V spa )

- Facial

- Rawatan Resdung / Sinus Treatment Ear Candle

- Bertungku / Hot Stone
- Badan berangin
- Miss V suka kentut
- Miss V Kering
- Foot Bath





Sila hubungi : Che Yatie Bidan Millenia


Whatsap


0194269547


0174524230

Ahad, 28 Februari 2016

URUTAN TRADISIONAL SELEPAS BERSALIN

Rawatan mengurut selepas bersalin :
Seperti mana bertungku, mendapatkan rawatan mengurut juga penting walaupun selepas bersalin cesarean. Bagi rawatan mengurut, seelok-eloknya dapatkan rawatan dari bidan dan mereka yang berpengalaman dalam memberikan rawatan mengurut selepas bersalin. Almaklumlah, sekarang ni ada berbagai jenis tukang urut. Ada yang pandai urut untuk orang terseliuh kaki, urutan refleksologi, urut di spa dan dan dirumah urut.

Bagi mereka yang bersalin cesarean selalunya dirawat dihospital selama 3 ke 4 hari sebelum dibenarkan pulang kerumah kecuali bagi kes-kes tertentu yang memerlukan rawatan lanjut dari doktor.
Sebaiknya anda mula mendapatkan rawatan mengurut pada hari ke 2 selepas kembali kerumah.
Tujuan urut selepas bersalin ialah :
• untuk mengembalikan kesegaran badan
membuang angin
• membetulkan urat yang tegang (part yang ni urut memang penting sebab selepas bersalin cesarean, urat-urat menjadi tegang kesan dari ubat bius yang diberikan sewaktu pembedahan)
• melancarkan perjalanan darah dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas
Jika anda tidak mendapatkan rawatan mengurut dengan segera, pasti badan akan sakit-sakit dan terasa berat serta susah untuk memusingkan badan sewaktu berbaring dan untuk bangun dari katil.
Seelok-eloknya, rawatan mengurut dilakukan diwaktu pagi sebelum mandi, dilakukan selama 3 ke 5 hari berturut-turut. Urutan bagi ibu bersalin sebenarnya adalah urutan yang lembut. Bahagian yang diurut pula adalah diseluruh badan, kaki, tangan dan kepala KECUALI bahagian perut bagi yang bersalin cesarean. Sememangnya perut tidak boleh diurut selepas bersalin cesarean bagi mengelak sebarang masalah kepada luka jahitan.
Biasanya urutan dilakukan dengan menggunakan minyak. Bagi sesetengah bidan, mereka membawa kelengkapan mengurut termasuk minyak dan bahan-bahan lain bersama mereka. Tetapi ada juga yang meminta agar anda menyediakan bahan-bahan untuk mereka. Jadi sebaiknya anda tanya bidan / tukang urut terlebih dahulu sebelum mereka datang agar segalanya berjalan lancar.

Sabtu, 26 Disember 2015

PEMAKAIAN PARAM, PILIS, TAPEL, DAN BENGKUNG


Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran.

Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis.

Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.

Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel (ubat barut) yang dicampurkan dengan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis.


Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut dan digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.



BERBENGKUNG

Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.

Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.

CARA-CARA MENGIKAT BENGKUNG:

1. Sempurnakan ikatan barut.

2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.

3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian pendek, kemudian pusing ke belakang semula.

4. Bahagian depan siap diikat.


5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya


RAWATAN RESDUNG

Saya juga menawarkan khidmat RAWATAN RESDUNG.


Kebaikan:~
Rawatan Resdung 
Resdung Melancarkan Perjalanan Darah Di Wajah Gatal Hidung Gatal Telinga Gatal Mata Gatal Kulit Muka Dan Kepala Membantu Menghilangkan JerawatMenghilangkan Sakit Kepala Mengurangkan Gejala Bersin Ketika Cuaca Sejuk Dan Waktu PagiMenghilangkan Kelemumur KepalaMenghilangkan Jerawat Badan Dan Gatal-Gatal Belakang BadanMempunyai Bau Yang Berbeza Berbanding Lilin Resdung Biasa. 
Merawat Masalah Resdung Secara Tradisional.

Bagi Yang Menghadapi Resdung Yang Kritikal Di Nasihatkan Selang Sehari Membuat Rawatan. Selama 1-2 Minggu Untuk Mendapatkan Kesan Yang Terbaik..

penyakit hidung yang melibatkan bahagian ‘sinus’.

Resdung atau ‘sinusitis’ adalah satu masalah global di mana 8 dari 10 orang normal yang membuat ujian klinikal akan didapati menghidap penyakit resdung. Apa yang membezakan seorang individu dengan individu yang lain adalah tahap kritikal resdung yang dihadapinya. Dalam kebanyakkan kes, masalah ‘sinusitis’ yang ringan tidak memerlukan apa-apa rawatan.

Didapati bahawa 60 hingga 65 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah resdung yang agak menganggu rutin harian mereka samada mereka sedar atau tidak.

Namun begitu, kurang dari 50 peratus dari jumlah di atas yang mendapatkan rawatan bagi penyakit ini. Dipercayai juga bahawa 25 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah resdung kronik. Kebanyakkan individu tidak mengambil apa-apa tindakan kerana mengambil remeh soal penyakit resdung.



Di Mana Lokasi ‘Sinus’?

‘Sinus’ adalah bahagian rongga berudara pada tengkorak yang terletak berdekatan dengan kawasan muka dan hidung. Kawasan berongga inilah yang menjadikan struktur tengkorak manusia lebih ringan.

Perbezaan rongga bagi individu biasa dan penghidap resdung. [SIP]

Terdapat lapisan membran (tisu-tisu yang membarisi kawasan ‘sinuses’) yang meliputi dinding ruang ‘sinus’ yang kosong. Kawasan rongga di tengkorang ini pula bersambung dengan bukaan hidung dan ini menyebabkan kawasan ini terdedah dengan unsur-unsur dari luar yang masuk melalui lubang hidung.